Isnin, 14 Januari 2008

cuba try...

Anda mesti lakukan ini.. cuba jgn tak cuba ... nanti anda akan menyesal.............
Manarik.. pelik tapi benar... misteri nusantara... tak rugi mencuba...
Cuba tumpu perhatian. Ikut arahan dibawah ni... sesuatu menakjubkan akan anda saksikan buat pertama kalinya.. jeng.. jeng...
1. tutup sebelah mata anda (kiri atau kanan)
2. ambil mouse anda
3. tekan butang kanan (right click) mouse tu
4. pilih "select all" (atau ctrl-A atau select all guna mouse tu)
woi, takde kerja lain ke... asyik main internet jer... bos bayar gaji bukan utk main internet ...
pegi buat kerja tu... patut le keja bertimbun-timbun...
takde mana magiknya .......
hahaha, jangan mare hah...

Khamis, 10 Januari 2008

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka
lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

PANTUN UTK ORG MALAS SEMBAHYANG

PANTUN UTK ORG MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang
bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup
berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak
boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur
panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh
hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang -
sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak
siapa boleh halang!!!


Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...
Yg. baik tue dari DIA, Yg Buruk tue Dari
kite semua arrr......

Rabu, 9 Januari 2008

Awal Muharram




SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429H

Sabtu, 5 Januari 2008

Minyak Sawit

Negara pengeluar minyak sawit dunia tetapi
minyak masak tiada di pasaran

Harga kelapa sawit dan minyak sawit mentah dipasaran kini berada ditahap tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Dagangan hadapan MSM (minyak sawit mentah) contohnya dipasaran bagi kontrak Januari 2008 ditutup pada RM3,086 setan. Kenaikkan mendadak ini ekoran permintaan yang besar terhadapnya dipasaran.

Rata-rata kita lihat Malaysia sebagai antara pengeluar terbesar buah dan minyak sawit dunia mengaut keuntungan dari peningkatan ini. Malah para peladang termasuklah peneroka FELDA antara yang beruntung disaat ini.

Tetapi malangnya pada saat yang sama bekalan minyak masak tempatan sukar didapati di pasaran. Ia bermula dengan beberapa negeri di Pahang dan Kedah (mungkin diakibatkan banjir baru-baru ini), tetapi kini ia menular diseluruh negara. Malaysia pengeluar buah dan minyak sawit terbesar dunia tetapi rakyatnya sukar mendapat bekalan minyak masak!
Demikianlah malangnya nasib kita.
Maka dalam kesempitan inilah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan EXCO-EXCO Pengguna sibuk membuat kenyataan dan memberi jaminan. Mengapa tidak ada badan pemantau yang terus-menerus memantau masalah bekalan ini. Makanan ruji dan keperluan rakyat sepatutnya tidak boleh putus, kita bukan negara mundur di Afrika, kita bakal berstatus Negara Maju menjelang 2020 nanti. Apakah pemimpin kita tiada perancangan dan pelan berjaga-jaga apabila berlaku kemungkinan seumpama ini, rakyat bosan dengan pentadbiran sorong papan tarik papan, sampai bila kita mahu begini?

Jumaat, 4 Januari 2008

Selamat Tahun Baru


salam kepada semua sahabat. semoga thn baru ini memberi seribu makna kpd kite. terus berusaha beriman kepada Allah pencipta alam semesta.




SELAMAT MENDIDIK WAHAI PENDIDIK | j-QAF 2007-2008