Sabtu, 4 Ogos 2007

JOM KENAL WANITA


Salam semua, untuk entri kali ini aku nak share dengan korang mengenai cara memahami sifat wanita yang dikaitkan dengan elemen-elemen alam ciptaan tuhan iaitu land, fire, wind and water (tanah, api, air dan angin)

Tiada kajian saintifik yang mana mempunyai bukti2 yang kukuh untuk membuktikan kejadian ini namun ianya telah digunapakai untuk sekian lama sejak zaman berzaman

Ok yang pertama adalah mengenai penentuan unsur seseorang yang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga mereka. Terima kasih diucapkan kepada VANGARDX [bro aku curi artikel dr blog ko]

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah - Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air - Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api - Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin - Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Sangat bertimbang rasa
  • Fleksibel walau adakalanya agak tegas dan garang
  • Sering menjadi penyelesai kepada masalah

Jadi amacam? dimana kedudukan anda sekarang? mungkin ada fakta yg benar ade yang tidak namun serba sedikit ia berkait rapat juga dengan keadaan sekeliling kita kan kan kan? Fahamila wanita..cewah :p

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tima kasih berbanyak di atas paparan yang begitu padat...n menarik..

Raser2nyer semua kupasan pun mempunyai nilai yang baik..Alhamdulillah..

vangardx berkata...

haha..nie copy and paste terus nie :p

:: Goldmine mania :: berkata...

salam vangardx. huhu. sori la copy milo je. mlas nk edit2. asal aku bgtau sumber nyer dr ko ckup la, hehehe

to 1st komen. tq2 ye